Abah bila nak kahwin lagi?Itulah pertanyaan yg terpacul dari mulut anak dara aku Nurin. Aku terpaku di buatnya apabila di aju soalan cepumas tu. Kenapa tiba-tiba soalan itu muncul dari mulut anak aku yang dulu begitu keras menentang apabila ada kawan-kawan aku mengusik dia yang abahnya nak kahwin lagi...hehehe tergelak sendiri aku.
Aku faham perasaan anak aku. Kasih sayang aku sebagai bapa tidak sama dengasn kasih sayang seorang ibu.Anak aku dah meningkat dewasa.Kini usia Nurin 12 tahun.Bila -bila masa Nurin akan menjadi seorang remaja (baligh). Atas faktor itu beliau rasakan betapa perlunya kasih sayang seorang ibu dalam melengkapi hidupnya.
Siapa yang tak mahu berkahwin lagi.Aku akui sejak kematian isteriku hidup aku terlalu sunyi.jiwa ini kosong. Aku tiada lagi kawan yang boleh berkongsi masalah.Aku cuba untuk mencari penganti kepada isteriku namun hingga kini aku belum benar-benar bertemu yang memikat hati.
Aku tidak memilih sangat paras rupa.Cukuplah sekadar sedap di pandang mata.Mempunyai sifat-sifat keibuan.Sopan santun dan taat pada perintah agama. Yang dapat membimbing aku dan anak -anak aku. Paling penting yang dapat menerima aku dan anak -anak aku seaadanya.
Entahla....harap -harap kehadiran tahun 2009 ni memberi sinar baru dlm hidup keluarga aku.Aminn.