Ahad, 11 Januari 2009

Siapa Aku ?

Salam,
Kali pertama dalam hidup aku mengenali blog.Apa itu blog?Dulu tak tahu pun apa itu blog?
La ni keadaan dah berubah..dunia dah semakin canggih..Dah ada satu laman untuk kita
menulis apa jua yg.nak di tulis di panggil laman blog.

Aku pun tak mahu ketinggalan untuk menulis apa yang aku nak tulis kat laman blog ini.
Kalau ada cacat cela apa yang aku tulis tu biasa la..Aku budak baru belajar mengenal blog..
hehehe...

Permulaan ni aku kenalkan la asal usul aku sikit.Aku di lahir kan di Kampung Peruang,
Benta, Kuala Lipis Pahang Darul Makmur kira -kira 40 tahun yang lalu. Kuala Lipis?
Mana tu? Itulah pertanyaan orang dahulu.Bila setiap kali aku ajukan tentang Kuala Lipis.Tapi
la ni sebut sahaja Kuala Lipis, semua orang akan cakap oooo kampung Datuk Siti Nurhaliza
tu..Aku pasti tersengih bangga tiap kali sesiapa cakap camtu..hahaha

Memang aku se daerah dengan Datuk Siti. Tumpang bangga lak le penyanyi tersohor satu tempat dengan aku. Aku memang kenal bebenor dengan Datuk Siti tu cuma dia je yang
tak kenal aku..hehehe..

Itu semua tak penting. Yang pentingnya penduduk Malaysia ni dah tahu mana letaknya
Kuala Lipis.