Selasa, 24 Februari 2009

Kasih Sayang Anugerah Allah

Kasih dan sayang adalah Anugerah Allah yang Maha Pencipta yang nyata hebat.MasyaAllah.Perasaan kasih dan sayang kita terhadap seseorang bukanlah perkara yang boleh di paksa.Perasaan itu datang dari lubuk hati yang benar -benar ikhlas.Yang mana perasaan itu sukar di gambarkan dengan kata -kata.

Allah telah menyusun kehidupan mahkluknya di mukabumi ini dengan menyemaikan perasaan kasih dan sayang terhadap mahkluknya lebih -lebih lagi manusia.

Bagi Manusia, sebelum perkahwinan antara lelaki dan perempuan Allah telah terlebih dahulu menganugerahkan perasaan kasih dan sayang terhadap kedua -duanya. Apabila di ikat dengan perrkahwinan kasih sayang itu akan terus mekar dengan Allah menganugerahkan pulak zuriat iaitu anak kepada manusia.

Apabila pasangan tersebut memiliki anak perasaan kasih sayang pasangan tersebut terhadap anak lagi kuat.Kebahagiaan jelas terpancar bila melihat telatah anak dan bila berbicara tentang anak.

Anak adalah anugerah Allah yang terlalu besar nilainya dalam kehidupan selepas perkahwinan.Allah telah menanugerahkan rezeki dan juga rahmat bersama -sama anak apabila lahir ke dunia ini.

Manusia hendaklah senantiasa bersyukur dengan rahmat dan rezeki yang telah Allah berikan.Sedih bila memikirkan di zaman ni ada banyak manusia yang tidak mensyukuri nikmat Allah hingga sanggup memukul,mendera malah membuang anak sesuka hati.Tidak mensyukuri nikmat yang Allah beri.